Friday, January 21, 2011

Pengenalan - Kiko' Life from a.m. to p.m.

Bangun pagi gosok gigi,
Cuci muka dan mandi,
Pakai baju makeup skali,
Tak sarapan terus pegi opis...

(aik..tak seirama pulak pantun aku ni)

Itu memang rutin aku pagi-pagi 'from Monday to Friday'. Memang agak liat nak bangun pagi especially hari Isnin. Rasa nak tido sepanjang hari tapi rugi la kalo asyik tido je. Aku ni nak jadi ape? Anak dara pemalas? No way man. Aku ada tanggungjawab nak kena buat. Tanggungjawab pada diri aku, ibu bapa aku dan majikan. Sebab aku keje makan gaji jadi tak boleh sesuka hati aku nak skip tanggungjawab tu.
Siap je semua, panaskan enjin keta terus pegi opis..

Tengah sedap drive perut memulas plak.. Leceh betul time ni la nak pegi 'bilik kecik'. So drive macam driver F1. Potong bas sekolah, potong pakcik van sayur, ikut short cut, dah sampai kl. Fuuhhh... sori pada sesiapa yang aku hon konon2 drive macam orang tengah bercinta. Bila sampai Jalan Sultan Ismail abang polis pulak suruh berhenti. Kena bagi jalan kat simpang lain. Tunggu lagi 5 minit. Lama tu 5 minit untuk tunggu dekat traffic light. Lagi2 ada kes sakit peyut cam aku.

Time kat ofis selalunya aku bz sepanjang masa. Tapi waktu lunch mesti rehat. Aku ni kalo da buat keje tak reti nak stop. Bak kata2 nasihat dari bos aku gunakan masa dengan baik. Jangan ponteng dan selalu punctual. Ok. Walaupun aku ni kadang2 nakal skit tapi nasihat bos aku ikut (bila ingat). Time makan waktu paling best sebab bleh check FB atau baca news sambil gosip2 dengan member 1 department  Dulu aku selalu melepak makan kat luar tapi sekarang macam dah malas. Geng pun takde.

Masuk petang rasa semangat nak balik. Keje da abis.. setakat hari tu la. Keje yang tak urgent aku hold dulu la. Esok masih ada. Department aku memang time balik tu on time je. Aku je yang selalu melambat2kan time balik aku. Bukan berlakon rajin tapi tak kuasa nak berebut lif sesama orang lain. Lagi satu jumpa org department lain mesti kena tanya soalan cepumas; 'balik dah?' - haruskah aku layan soalan klise ni huh.. Kadang-kadang terserempak Big Boss time balik. Susah nak tengok dia senyum. Rasa-rasanya la kalau aku buat bisnes macam dia memang tak sempat nak senyum dengan staff kot. Nevermind, leave him alone.

Ini cerita aku, balik rumah tak sabar nak jumpa ibu. Kalau boring2 kat opis, call rumah saja kacau ibu. dah dengar suara ibu baru datang semangat nak keje. Time balik kena cepat2 keluar dari kawasan opis. nanti trafik sesak. dari 15minit aku kadang2 terpaksa drive sejam nak sampai rumah. kalau hari hujan, semua orang kat KL ni akan panik dan berdedai balik rumah cam semut. Masa tu la jalan paling sesak. Kena pulak ada pemandu degil - taknak bagi jalan kat orang lain (aku pun bayar road tax la woi).

Sesampai je kat rumah aku bersyukur banyak2 sebab dilindungi-Nya sampai ke rumah. Ibu aku memang risau kalau lambat sikit. Dulu masa aku pegi keje naik public transport selalu risau. Sekarang aku da ada keta (cewah2.. eksen la tu) kurang skit risau ibu. Dapat makan lauk ibu masak dan tengok tv petang sama2 hmm bestnya. Kalau ada masa aku masak gak kuih2 ke buat makan petang. Bila adik aku balik je dia pulun habis. Tu yang seronok tu. Ini la kehidupan seharian aku yang agak simple dan biasa saje. Akan bersambung cerita yang lebih menarik selepas intro ni. Aku nak tengok AFC... nak try resipi baru...

No comments:

Post a Comment