Sape-sape je dalam dunia ni bila nak masuk umur akil baligh je mula la nak cari kawan lain jantina. Al-maklum la hormon tengah melonjak-lonjak. Termasuk la aku sekali. Tapi aku bukan nak cerita pasal waktu akil baligh aku. Cuma teringat pengalaman semasa bercinta. Masa muda-muda ni la seronok bercinta. I miss u, u miss me, i don't think so.. Cinta bahagia. Cinta tak kenal rupa, umur, darjat,atau segalanya. Tu yang indahnya percintaan. Ada orang kata cinta tu gila. Macam lagu Juliana Banos - Cinta Gila. Lagu ni glamor masa zaman sekolah aku.
Sekarang ni aku rasa jodoh aku semakin hampir walaupun masih blum jumpa Mr. Kiko aku. Well dengan umur yang tengah masak ranum of course ibu adalah orang yang paling risau sekali. Seperti biasa yang aku mention semua mak akan risaukan anak pompuan diorang. Ibu pernah nak aturkan jodoh aku dengan kawan dia punya kawan punya adik which total stranger. Lama gak aunty tu tunggu respon aku. Ibu aku kata bagi la gambo cik mah oii. Anak aku kena tengok gambar dulu. kalo suka pandai-pandai diorang nak berkenalan.
So aku yang menurut perintah followje la. Ibu kata kalo tak suka reject baik2. Bab reject me'reject' ni agak sukar untuk aku mulakan tapi ini yang aku nak bagitau. Huh.. Bila da sama2 tengok gambar masing-masing dia pun ok aku pun ok la. One day aku terima call dari mamat ni. Daripada suara yang agak lembut, pitching x lari 1st assumption aku dia ni ok. Borak lagi tanya biodata hmm ok la pandai borak. Aku suka orang pandai borak. Lama jugak kitorang borak sampai telinga aku 'cair'. mamat ni banyak pulak tazkirah kat aku. Itu yang bagus.. bagus ke ceramah kat aweks yang baru kenal 1 jam kat telepon?
Tapi aku cuba untuk berfikiran positif sebab ni awal lagi. Mungkin attitude dia tak seburuk yang aku sangkakan. Cuma satu yang aku musykil, semua story pasal diri dia yang baik je dari hujung rambut sampai hujung kaki diulang yang baik-baik je. Seakan memuji diri sendiri. Ustazah aku bagitau orang yang memuji diri sendiri ni orang yang riak. Lagi satu hal dia bagitau terms and condition kalau nak jadi bini dia. C'mon la nak kawin kontrak ke? Aku terfikir macam tu. Eh positif sikit la Kiko, tadi positif sangat. So aku try lagi sehari.
Day two - Aku dapat mesej. Dia tanya khabar. Wow hepinye... tapi tak cukup gembira berbanding ex-ex bf aku yang dulu. Kenapa eh? Awal lagi... Apa khabar cik.... bla bla.. harap sayang jaga diri baik2. - Ok i will but erkk hold on, 'sayang'? Whatdeh... Apakobondo ni mat.? Orang panggil sayang sebab dia betul2 sayang kan.. Mamat ni baru 1 jam borak ngan aku semalam da sayang da? Mudahnya... Ayat sayang tu jauh lagi dari sel-sel otak yang ingin bergabung dalam kepala aku ni, dia da sayang.. Memang best ada orang panggil camtu tapi aku rasa geli geleman. Ok masih positif. Teruskan.
Day three - aku tak rasa pun nak call dia. Dia SMS. kali ni dia nak panggil aku baby or sayang. Aku kata lepas kahwin nak panggil ape pun ok. Janji bunyi yang baik la. jangan babi sudah (x sampai ati nak bgtau ceni). Dia suh aku panggil dia abang atau darling . Ok la ok la tapi semua tu lepas kawin. Itu pun kalau jadi. Huh penat gak layan kerenah mamat ni. (x matang langsung). Well aku masih boleh bersabar sebab ibu kata slow2. Kita tengok kan je perangai dia lagi 2-3 hari. Ok.
Day four - aku bz dan dia bz jugak kot. Senyap je. Tak kisah la. Opps ada panggilan tapi aku tengah ada keje masa tu. Kemas bilik, cuci baju. Hmm.. takpe la aku mesej je. Dia nak tanya khabar je kot. Nak borak lama2 tak dapat la beb aku bz jadi suri rumah separuh masa. Well aku try bagi mesej. Takde pulak balas. Rupanya cik abang kita ni tak suka aku bagi mesej camtu. Kalau dia call aku mesti jawab. Kononnya bersopan la. Kalau nak mesej tak layan. Apekebendenye bersopan ke tak bersopan. Lagi pun dia ada tanya bila masa yang sesuai nak call. Tak kisah la beb ko nak call bila2. Tapi kalau aku bz pakai sms pun bleh. Itu pun susah ke nak paham? Hadoii.. Macam ni punya orang pun ada eh. Kalo nak bercerai tu bleh plak pakai sms (Ni yang nak marah kat orang lelaki). Yang seterusnye aku malas nak cerita. Bikin hangin satu badan. .
Day five - So aku boring dan aku fikir kitorang tak serasi. Aku pun tak boleh nak ikut terms and conditions dia. Cuma minah kampung yang lurus bendul je boleh ikut cara dia. Aku ada cita-cita dan aku masih ada famili yang aku paling sayang. Kalau aku kawin dengan dia pastinya nak jenguk mak bapak aku pun susah. Adik-beradik aku, dia tak kisah pun. Rasanya nak tanya pun tak minat. So apa yang aku nak tunggu lagi? Oii Kiko sedar la diri tu. Dia tu baik awak tu beribu batu bezanya. Aku pun beranikan diri bagitau kat dia untuk undur diri. Aku redha dengan qada' dan qadar aku. Ingatkan dia bleh terima la. Ala baru berapa hari, tak sampai seminggu pun. Sekali mamat ni hangin plak. Dia marah dan tak bleh terima kenyataan terus black list aku dan semua orang pompuan yang ada kat malaysia ni. Konon2 marah sangat la aku tinggalkan dia (eh bila masa aku kata aku aweks dia?) tak confirm pun nak kawin dengan kau. Over nampak.. So ceritanya dia tak maafkan aku sampai bila2 tau.
Persoalannya - Bila masa aku declare gf dia? dan mana sikap 100% perfect, baik nak mampos, menghormati wanita, solat tak tinggal, tiap-tiap malam dengar ceramah, hormat mak bapak orang bla.. bla bla boring boring boring yang dia dok citer kat aku masa mula dulu? Da buang kat tong sampah bila aku nak reject dia? Ape ni? Pastu esok kutip balik pegi citer kat orang lain pulak.
Aku pun pernah dikecewakan tapi tak pernah pulak aku ni nak blacklist mana2 lelaki yang aku jumpa. Kalau takde jodoh aku redha. Aku tau kat luar sana ada somebody untuk aku. Allah Maha Adil kan... Dia da tetapkan jodoh untuk setiap orang dalam dunia ni. Yang drama2 tu cuma ujian je Dia bagi kat kita semua. Cuma aku pesan kat wanita-wanita semua, selidik dulu teman lelaki anda atau yang baru kenal. Kalau dapat kes macam aku ni pandai-pandai la selesaikan sendiri.
-The End-
No comments:
Post a Comment