Sunday, January 23, 2011

Jodoh ku... jodoh ke? Bila?

Sape-sape je dalam dunia ni  bila nak masuk umur akil baligh je mula la nak cari kawan lain jantina. Al-maklum la hormon tengah melonjak-lonjak. Termasuk la aku sekali. Tapi aku bukan nak cerita pasal waktu akil baligh aku. Cuma teringat pengalaman semasa bercinta. Masa muda-muda ni la seronok bercinta. I miss u, u miss me, i don't think so.. Cinta bahagia. Cinta tak kenal rupa, umur, darjat,atau segalanya. Tu yang indahnya percintaan. Ada orang kata cinta tu gila. Macam lagu Juliana Banos - Cinta Gila. Lagu ni glamor masa zaman sekolah aku.

Sekarang ni aku rasa jodoh aku semakin hampir walaupun masih blum jumpa Mr. Kiko aku. Well dengan umur yang tengah masak ranum of course ibu adalah orang yang paling risau sekali. Seperti biasa yang aku mention semua mak akan risaukan anak pompuan diorang. Ibu pernah nak aturkan jodoh aku dengan kawan dia punya kawan punya adik which total stranger. Lama gak aunty tu tunggu respon aku. Ibu aku kata bagi la gambo cik mah oii. Anak aku kena tengok gambar dulu. kalo suka pandai-pandai diorang nak berkenalan.

So aku yang menurut perintah followje la. Ibu kata kalo tak suka reject baik2. Bab reject me'reject' ni agak sukar untuk aku mulakan tapi ini yang aku nak bagitau. Huh.. Bila da sama2 tengok gambar masing-masing dia pun ok aku pun ok la. One day aku terima call dari mamat ni. Daripada suara yang agak lembut, pitching x lari 1st assumption aku dia ni ok. Borak lagi tanya biodata hmm ok la pandai borak. Aku suka orang pandai borak. Lama jugak kitorang borak sampai telinga aku 'cair'. mamat ni banyak pulak tazkirah kat aku. Itu yang bagus.. bagus ke ceramah kat aweks yang baru kenal 1 jam kat telepon?

Tapi aku cuba untuk berfikiran positif sebab ni awal lagi. Mungkin attitude dia tak seburuk yang aku sangkakan. Cuma satu yang aku musykil, semua story pasal diri dia yang baik je dari hujung rambut sampai hujung kaki diulang yang baik-baik je.  Seakan memuji diri sendiri. Ustazah aku bagitau orang yang memuji diri sendiri ni orang yang riak. Lagi satu hal dia bagitau terms and condition kalau nak jadi bini dia. C'mon la nak kawin kontrak ke? Aku terfikir macam tu. Eh positif sikit la Kiko, tadi positif sangat. So aku try lagi sehari.

Day two - Aku dapat mesej. Dia tanya khabar. Wow hepinye... tapi tak cukup gembira berbanding ex-ex bf aku yang dulu. Kenapa eh? Awal lagi... Apa khabar cik.... bla bla.. harap sayang jaga diri baik2. - Ok i will but erkk hold on, 'sayang'? Whatdeh... Apakobondo ni mat.? Orang panggil sayang sebab dia betul2 sayang kan.. Mamat ni baru 1 jam borak ngan aku semalam da sayang da? Mudahnya... Ayat sayang tu jauh lagi dari sel-sel otak yang ingin bergabung dalam kepala aku ni, dia da sayang.. Memang best ada orang panggil camtu tapi aku rasa geli geleman. Ok masih positif. Teruskan.

Day three - aku tak rasa pun nak call dia. Dia SMS. kali ni dia nak panggil aku baby or sayang. Aku kata  lepas kahwin nak panggil ape pun ok. Janji bunyi yang baik la. jangan babi sudah (x sampai ati nak bgtau ceni). Dia suh aku panggil dia abang atau darling . Ok la ok la tapi semua tu lepas kawin. Itu pun kalau jadi. Huh penat gak layan kerenah mamat ni. (x matang langsung). Well aku masih boleh bersabar sebab ibu kata slow2. Kita tengok kan je perangai dia lagi 2-3 hari. Ok.

Day four - aku bz dan dia bz jugak kot. Senyap je. Tak kisah la. Opps ada panggilan tapi aku tengah ada keje masa tu. Kemas bilik, cuci baju. Hmm.. takpe la aku mesej je. Dia nak tanya khabar je kot. Nak borak lama2 tak dapat la beb aku bz jadi suri rumah separuh masa. Well aku try bagi mesej. Takde pulak balas. Rupanya cik abang kita ni tak suka aku bagi mesej camtu. Kalau dia call aku mesti jawab. Kononnya bersopan la. Kalau nak mesej tak layan. Apekebendenye bersopan ke tak bersopan. Lagi pun dia ada tanya bila masa yang sesuai nak call. Tak kisah la beb ko nak call bila2. Tapi kalau aku bz pakai sms pun bleh. Itu pun susah ke nak paham? Hadoii.. Macam ni punya orang pun ada eh. Kalo nak bercerai tu bleh plak pakai sms (Ni yang nak marah kat orang lelaki). Yang seterusnye aku malas nak cerita. Bikin hangin satu badan. .

Day five - So aku boring dan aku fikir kitorang tak serasi. Aku pun tak boleh nak ikut terms and conditions dia. Cuma minah kampung yang lurus bendul je boleh ikut cara dia. Aku ada cita-cita dan aku masih ada famili yang aku paling sayang. Kalau aku kawin dengan dia pastinya nak jenguk mak bapak aku pun susah. Adik-beradik aku, dia tak kisah pun. Rasanya nak tanya pun tak minat. So apa yang aku nak tunggu lagi? Oii Kiko sedar la diri tu. Dia tu baik awak tu beribu batu bezanya. Aku pun beranikan diri bagitau kat dia untuk undur diri. Aku redha dengan qada' dan qadar aku. Ingatkan dia bleh terima la. Ala baru berapa hari, tak sampai seminggu pun. Sekali mamat ni hangin plak. Dia marah dan tak bleh terima kenyataan terus black list aku dan semua orang pompuan yang ada kat malaysia ni. Konon2 marah sangat la aku tinggalkan dia (eh bila masa aku kata aku aweks dia?) tak confirm pun nak kawin dengan kau. Over nampak.. So ceritanya dia tak maafkan aku sampai bila2 tau.

Persoalannya - Bila masa aku declare gf dia? dan mana sikap 100% perfect, baik nak mampos, menghormati wanita, solat tak tinggal, tiap-tiap malam dengar ceramah, hormat mak bapak orang bla.. bla bla boring boring boring yang dia dok citer kat aku masa mula dulu? Da buang kat tong sampah bila aku nak reject dia? Ape ni? Pastu esok kutip balik pegi citer kat orang lain pulak.
Aku pun pernah dikecewakan tapi tak pernah pulak aku ni nak blacklist mana2 lelaki yang aku jumpa. Kalau takde jodoh aku redha. Aku tau kat luar sana ada somebody untuk aku. Allah Maha Adil kan... Dia da tetapkan jodoh untuk setiap orang dalam dunia ni. Yang drama2 tu cuma ujian je Dia bagi kat kita semua. Cuma aku pesan kat wanita-wanita semua, selidik dulu teman lelaki anda atau yang baru kenal. Kalau dapat kes macam aku ni pandai-pandai la selesaikan sendiri.

-The End-

Friday, January 21, 2011

Pengenalan - Kiko' Life from a.m. to p.m.

Bangun pagi gosok gigi,
Cuci muka dan mandi,
Pakai baju makeup skali,
Tak sarapan terus pegi opis...

(aik..tak seirama pulak pantun aku ni)

Itu memang rutin aku pagi-pagi 'from Monday to Friday'. Memang agak liat nak bangun pagi especially hari Isnin. Rasa nak tido sepanjang hari tapi rugi la kalo asyik tido je. Aku ni nak jadi ape? Anak dara pemalas? No way man. Aku ada tanggungjawab nak kena buat. Tanggungjawab pada diri aku, ibu bapa aku dan majikan. Sebab aku keje makan gaji jadi tak boleh sesuka hati aku nak skip tanggungjawab tu.
Siap je semua, panaskan enjin keta terus pegi opis..

Tengah sedap drive perut memulas plak.. Leceh betul time ni la nak pegi 'bilik kecik'. So drive macam driver F1. Potong bas sekolah, potong pakcik van sayur, ikut short cut, dah sampai kl. Fuuhhh... sori pada sesiapa yang aku hon konon2 drive macam orang tengah bercinta. Bila sampai Jalan Sultan Ismail abang polis pulak suruh berhenti. Kena bagi jalan kat simpang lain. Tunggu lagi 5 minit. Lama tu 5 minit untuk tunggu dekat traffic light. Lagi2 ada kes sakit peyut cam aku.

Time kat ofis selalunya aku bz sepanjang masa. Tapi waktu lunch mesti rehat. Aku ni kalo da buat keje tak reti nak stop. Bak kata2 nasihat dari bos aku gunakan masa dengan baik. Jangan ponteng dan selalu punctual. Ok. Walaupun aku ni kadang2 nakal skit tapi nasihat bos aku ikut (bila ingat). Time makan waktu paling best sebab bleh check FB atau baca news sambil gosip2 dengan member 1 department  Dulu aku selalu melepak makan kat luar tapi sekarang macam dah malas. Geng pun takde.

Masuk petang rasa semangat nak balik. Keje da abis.. setakat hari tu la. Keje yang tak urgent aku hold dulu la. Esok masih ada. Department aku memang time balik tu on time je. Aku je yang selalu melambat2kan time balik aku. Bukan berlakon rajin tapi tak kuasa nak berebut lif sesama orang lain. Lagi satu jumpa org department lain mesti kena tanya soalan cepumas; 'balik dah?' - haruskah aku layan soalan klise ni huh.. Kadang-kadang terserempak Big Boss time balik. Susah nak tengok dia senyum. Rasa-rasanya la kalau aku buat bisnes macam dia memang tak sempat nak senyum dengan staff kot. Nevermind, leave him alone.

Ini cerita aku, balik rumah tak sabar nak jumpa ibu. Kalau boring2 kat opis, call rumah saja kacau ibu. dah dengar suara ibu baru datang semangat nak keje. Time balik kena cepat2 keluar dari kawasan opis. nanti trafik sesak. dari 15minit aku kadang2 terpaksa drive sejam nak sampai rumah. kalau hari hujan, semua orang kat KL ni akan panik dan berdedai balik rumah cam semut. Masa tu la jalan paling sesak. Kena pulak ada pemandu degil - taknak bagi jalan kat orang lain (aku pun bayar road tax la woi).

Sesampai je kat rumah aku bersyukur banyak2 sebab dilindungi-Nya sampai ke rumah. Ibu aku memang risau kalau lambat sikit. Dulu masa aku pegi keje naik public transport selalu risau. Sekarang aku da ada keta (cewah2.. eksen la tu) kurang skit risau ibu. Dapat makan lauk ibu masak dan tengok tv petang sama2 hmm bestnya. Kalau ada masa aku masak gak kuih2 ke buat makan petang. Bila adik aku balik je dia pulun habis. Tu yang seronok tu. Ini la kehidupan seharian aku yang agak simple dan biasa saje. Akan bersambung cerita yang lebih menarik selepas intro ni. Aku nak tengok AFC... nak try resipi baru...